search

3 Jenis Headline Padu Untuk Marketing

3 Jenis Headline Padu Untuk Marketing


"When you have written your headline, you have spent eighty cents out of your dollar" -David Ogilvy, Father of Advertising

Atau dalam bahasa Melayu,

“Bila kita sudah tulis headline, kita sudah membelanjakan 80 sen daripada 1 ringgit”

Maksudnya…

Headline ni sangat lah penting dalam menentukan keberkesanan iklan kita.

Anda perlu pastikan headline anda cukup padu, untuk jadi “hook” dan menarik penonton untuk singgah dan baca iklan kita.

Headline ini tidak semestinya kita perlu letak dalam copywriting iklan saja.

Gunakan juga headline dalam bahan marketing seperti video (di bahagian header/footer), thumbnail video atau gambar-gambar yang anda gunakan untuk run iklan.

Headline macam mana yang boleh digunakan?

Ada macam-macam jenis headline yang anda boleh cuba guna.

Saya akan berkongsi 3 jenis headline yang anda boleh gunakan dalam marketing anda yang seterusnya.

3 Jenis Headline Padu Untuk Marketing

Sebelum saya mulakan, ambil pen dan kertas, kot-kot inspirasi datang boleh terus draft headlines bernas lepas baca post ni, dapat terus apply dan run iklan.

Okay, dah sedia? Jom mula!

#1 Fakta hasil kajian

Fakta hasil kajian adalah bukti kukuh yang dapat meyakinkan atau menarik minat penonton untuk mengetahui lebih lajut mengenai kempen anda.

Sertakan fakta menarik yang menunjukkan bahawa produk anda mempunyai reputasi yang tinggi dalam kalangan pengguna.

Selain daripada untuk R&D dan pembaikpulih produk, hasil survey yang telah anda jalankan juga boleh dikongsi dalam iklan.

Boleh juga masukkan statistik dan berita terkini berkaitan dengan kempen anda.

Contoh headline fakta:

"Gincu OhSoFab mendapat certifikasi Leaping Bunny yang merupakan standard tertinggi daripada PETA"

"98% pengguna mengatakan kulit muka mereka semakin anjal dan berseri selepas 8 kali aplikasi krim muka OhSoFab"

Fakta seperti ini straightforward dan menunjukkan credibility produk anda dalam iklan.


#2 Petikan beremosi

Emosi adalah faktor yang paling penting dalam menentukan sama ada pembaca akan tertarik untuk mengenai lebih lanjut tentang kempen anda ataupun tidak.

Emosi yang membuat kita membeli sesuatu itu, bukan produk itu semata mata. Ia adalah perasaan yang diberikan oleh produk itu yang kita cari cari dan mahu.

Bergantung kepada kempen anda, anda boleh main dengan emosi "gembira" atau takut.

"Takut?" anda tanya saya? Iya, perasaan takut dapat mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu aksi seperti membeli, jika mereka rasa dengan membeli sesuatu itu, perkara yang mereka takuti akan hilang atau dapat diselesaikan.

Contoh headline petikan beremosi:

"Jangan sekadar cakap, tunjukkan orang yang anda sayangi bagaimana mereka sangat penting dalam hidup anda"

"Jika anda ingin botak menjelang umur 35 tahun, jangan guna shampoo ni"

Haa nampak tak macam mana kita main dengan perasaan kat situ? 


#3 Skrip

Contoh skrip:

"Adik, Mak teringin sangat nak pakai telekung Hidayah"

Pernah dengar ayat kat atas? Ini contoh penggunaan skrip yang menimbulkan emosi tertentu dan meletakkan pembaca dalam senario hidup mereka sendiri.

Secara otomatik mereka terbayangkan mereka melafazkan atau mendengar kata kata tersebut dan ini dapat menarik minat mereka untuk tahu lebih lanjt mengenai kempen marketing anda.


Syabas! Anda sekarang ada tiga cara untuk main dengan headline. Semoga berjaya!













Older post Newer post

Your cart is currently empty.

Continue shopping