search

4 Strategi 'Harga Psikologi'

4 Strategi 'Harga Psikologi'

4 Strategi 'Harga Psikologi'


Apakah itu Harga Psikologi?


Harga psikologi adalah strategi untuk menentukan harga sesuatu barang dengan cara menetapkan harga lebih rendah daripada nombor bulat. Sebagai contoh, barang berharga RM3.99 akan dibaca dan ditasfir oleh pelanggan sebagai RM3 dan bukan RM4. Sebagai pengguna, kita sering berat sebelah terhadap digit pertama yang kita temui.

Berikut adalah beberapa strategi harga psikologi yang boleh anda gunakan dalam perniagaan anda.


1. Kekangan Masa 


Jenama sering meletakkan kekangan masa dalam penjualan untuk mewujudkan rasa kecemasan. Mereka meletakkan sekatan masa untuk mewujudkan rasa takut ketinggalan atau FOMO (fear of missing out). Sekiranya pelanggan tidak bertindak sekarang, mereka akan ketinggalan -ini mesej yang disampaikan. Pelanggan berpotensi percaya bahawa jualan ini adalah sementara yang menjadikan mereka lebih cenderung membuat pembelian hari ini.


2. Harga Pesona

Harga pesona adalah harga yang berakhir dengan 9. Ini adalah fenomena psikologi di mana kita membaca dari kiri ke kanan. Apabila kita lihat harga RM1.99, kita akan melihat digit pertama. Jadi kita akan ingat harganya lebih murah iaitu RM1 dan bukan RM2, walaupun sebenarnya harga lebih dekat dengan RM2.


Ini juga mempunyai kesan sebaliknya. Harga yang diakhiri dengan 9 menggambarkan tawaran harga yang bagus. Manakala harga yang diakhiri dengan 0 menggambarkan tawaran harga yang lebih berprestij dan produk yang lebih berkualiti tinggi.


3. Menyenangkan Pelanggan

Katakan anda menawarkan dua tawaran. Satu mengatakan "Beli satu dapatkan satu percuma" dan "Dua item diskaun 50%. Orang sering memilih pilihan pertama walaupun kedua-duanya mempunyai nilai yang sama. Harga psikologi berlaku apabila pelanggan tidak perlu susah susah mengira atau menggunakan prinsip asas matematik dalam kehidupan seharian. Mengeluarkan pecahan dan peratusan daripada penjualan adalah strategi psikologi yang mudah dan berkesan. Gunakan ayat yang mudah difahami.


4. Penampilan Harga

Reka bentuk harga memberi kesan besar kepada bagaimana pelanggan melihat nilai produk. Harga yang lebih panjang seperti RM19.00 nampaknya lebih mahal bagi pengguna daripada harga yang lebih pendek seperti RM19 walaupun jumlahnya sama. Ini kerana tanpa sedar harga yang lebih panjang memerlukan lebih banyak masa untuk membaca.

Apa strategi harga yang digunakan oleh perniagaan anda untuk meningkatkan penjualan?


Summary:
1. Kekangan Masa
2. Harga Pesona
3. Menyenangkan Pelanggan
4. Penampilan Harga



Rujukan:

https://www.intelligencenode.com/blog/5-powerful-psychological-pricing-strategies/
https://www.entrepreneur.com/article/279464
https://www.priceintelligently.com/blog/bid/181764/psychological-pricing-strategy-where-s-your-head-at#:~:text=Psychological%20pricing%20is%20the%20business,than%20the%20price%20actually%20is.
https://blog.hubspot.com/sales/psychology-of-price







Older post Newer post

Your cart is currently empty.

Continue shopping