search

5 Strategi Yang Memacu Keusahawanan

5 Strategi Yang Memacu Keusahawanan

Dengan landskap perniagaan yang sedang berubah, sebagai seorang usahawan anda harus memberi fokus pada matlamat syarikat anda. 

Ingin mencapai kejayaan? Lakukan lima perkara ini:


1. Membuat analisis pesaing

Dalam bidang apa sahaja, anda akan sentiasa ada pesaing. Oleh itu anda harus memahami produk atau perkhidmatan mereka yang ditawarkan. Dengan pengetahuan ini anda dapat memasarkan produk anda dengan lebih baik malah mungkin juga boleh menggunakan kelemahan mereka untuk kelebihan produk anda.

2. Menjimatkan wang

Usahawan harus berjimat-cermat dengan wang mereka untuk menangani masalah yang mungkin timbul. Keadaan yang teruk tidak dapat diramalkan tetapi dengan menjimatkan perbelanjaan operasi beberapa bulan ia akan memberi anda kekuatan untuk bertahan dalam masa yang sukar ini. 

3. Elakkan berkembang ke pasaran besar pada peringkat awal

Semasa peringkat awal perniagaan anda, pemasaran dalam skala yang besar harus dielakkan. “Niche marketing” boleh menjadi sangat efektif jika anda ingat tiga perkara berikut:

a) Memenuhi keperluan pasaran anda dengan menawarkan sesuatu yang baru dan menarik
b) Fahami trend pasaran
c) Selari dengan pasaran unik anda

4. Dengar maklum balas pelanggan anda


Untuk mengembangkan perniagaan, anda harus mengambil kira maklum balas pelanggan anda. Produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan berkisar mengelilingi pelanggan anda. Jika beberapa pelanggan mengadu tentang masalah yang sama, dengar dan bersedia untuk memperbaiki produk atau servis anda.


5. Bertindak terhadap perubahan

Seorang usahawan mesti bersedia untuk membuat perubahan dan menyesuaikan operasi perniagaan dengan sewajarnya, fahami bahawa dunia sedang berkembang. Tidak berubah atau tiada improvasi boleh mengakibatkan kerugian pelanggan, kerugian jualan dan juga kegagalan perniagaan.

Reference
https://www.freelancer.com/community/articles/the-ultimate-9-strategies-that-drive-successful-entrepreneurs
https://www.entrepreneur.com/article/242573

<a href="https://www.freepik.com/free-photos-vectors/people">People vector created by pch.vector - www.freepik.com</a>



Older post Newer post

Your cart is currently empty.

Continue shopping