search

90 idea perniagaan

90 idea perniagaan


Tak tahu nak berniaga apa? Berikut adalah 100 idea perniagaan yang anda patut cuba. 


Perniagaan tidak semestinya memberikan fokusnya kepada jualan tetapi lebih kepada menyelesaikan masalah. Di dalam sebuah perniagaan, kita sebagai usahawan akan sentiasa mempunyai masalah tetapi daripada masalah inilah kita dapat mencari jalan penyelesaian dan menjana pendapatan.

Terdapat dua cabang untuk mendapat pendapatan antaranya adalah;
a) Perniagaan - Anda perlu mempunyai produk yang dapat di jual kepada pelanggan anda.
b) Perkhidmatan - Anda menggunakan kepakaran anda untuk menyelesaikan masalah pelanggan anda.

Dari ini, berikut adalah 98 idea untuk menjana keuntungan.

1. Bekam
Ramai yang mahu berbekam tetapi tidak mempunyai masa untuknya. Anda boleh menghadiri kursus berbekam dan jadikannya sebagai sumber pendapatan anda. Anda boleh memberikan fokus pada waktu malam and hujung minggu sebagai pendapatan sampingan anda. Sekiranya satu sesi anda mendapat RM50, seminggu anda boleh mempunyai RM350 dan sebulan, RM1,400.

2. Membersihkan rumah
Pada masa kini, orang banyak bekerja sehingga mereka tidak mempunyai masa untuk membersihkan rumah mereka. Anda boleh mengambil peluang ini dan mula menjana pendapatan dari mencuci tandas, mengelap tingkap, membersihkan lantai dan sebagainya yang memerlukan pembersihan berkala.

3. Memotong rumput
Adakah anda tahu bahawa orang yang membuat sevis ini dapat menjana lebih kurang RM5000 sebulan hanya dengan menggunakan mesin rumput dan basikal.

4. Tuisyen Online
Ramai ibu bapa selalu mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka terutamanya pendidikan. Tuisyen online boleh dibuat tanpa  mengunjungi rumah pelanggan anda.

5. Pereka Grafik
Terutama sekarang media sosial begitu populer banyak perniagaan ingin menarik pelanggan untuk membeli. Anda boleh belajar aplikasi grafik dari Youtube dan bila anda sudah tahu menggunakan aplikasi, anda boleh mula menjana pendapatan daripadanya. Bermula dulu dengan servis yang mudah seperti design cover timeline facebook ataupun design bisnes kad.

6. Laman Web
Tahukan anda syarikat besar sanggup membayar berpuluh ribu untuk membuat laman web supaya mereka melihat profesional tetapi sukar untuk mendapatkan  klien dari syarikat besar kerana anda memerlukan portfolio yang mantap. Anda boleh bermula untuk membuat laman web untuk peniaga.

7. Sewa Kenderaan
Sekiranya anda mempunyai lebih dari satu kenderaan, mengapa anda tidak menyewakannya kepada orang lain atau menjadi pemandu e-hailing atau penghantar barang dan orang tua?

8. Servis Komputer

Ramai yang tahu menggunakan komputer tetapi ramai yang tidak tahu bagaimana menjaganya. Sebenarnya, ada yang tidak tahu bahawa komputer anda telah menjadi "Virus Breeder". Ambil  peluang ini untuk mempelajari perkhidmatan komputer dan jadikannya sebagai salah satu sumber pendapatan anda.

9. Mengasuh
Kerana kekangan ekonomi yang mencabar, kebanyakan pasangan suami isteri tidak mempunyai sesiapa untuk menjaga anak mereka semasa mereka bekerja dari rumah semasa MCO. Dengan menyediakan aktiviti pembelajaran sambil menjaga mereka akan menarik minat ibu bapa untuk mengambil servis anda.

10. Membaiki kasut/menjahit pakaian

Ini adalah antara perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar.Anda dapat melihat kebanyakkan orang membuka meja di hadapan kedai dan menyediakan perkhidmatan ini. Untuk peringkat awal tidak perlu membuka kedai lagi, hanya sewa di hadapan kedai dan akhirnya mula mengembangkan perniagaan anda dari sana.

11. Servis Penghantaran
E-dagang memainkan peranan besar dalam ekonomi Malaysia, jadi mengapa tidak memanfaatkan masa lapang anda untuk membantu orang lain menghantar barang.

12. Motivator Pelajar
Sekiranya anda mempunyai bakat untuk memotivasi orang lain, anda dapat menjana pendapatan melalui motivasi. Setiap sekolah sudah mempunyai anggaran kewangan untuk seminar dan lebih-lebih lagi ketika hampir tiba masanya untuk peperiksaan.

13. Membaiki & Servis Kereta
Majoriti rakyat Malaysia mempunyai kereta dan perkhidmatan kereta sangat menguntungkan.Sekiranya anda mempunyai minat yang mendalam dan mempunyai pengetahuan tentang kenderaan, gunakan peluang ini untuk membantu orang. Pastikan untuk menekankan kepada pelanggan tentang kepentingan penjagaan kereta.

14. Perunding Peperiksaan
Perunding perniagaan adalah antara perkhidmatan yang sangat baik kerana anda dapat menolong orang lain untuk mencari pendapatan. Sekiranya anda tidak mampu membuatnya dalam jumlah besar peserta, mulakan dengan personal coaching dan apabila anda mempunyai keyakinan diri, anda boleh melakukan secara skala besar-besaran.

15. Konsultan Kesihatan
Kesihatan lebih penting daripada wang. Sekiranya anda mempunyai latar belakang dalam bidang kesihatan, anda boleh menjadi konsultan kesihatan. Mulakan dengan berkongsikan petua kesihatan di Facebook, orang akan mula rujuk kepada anda mengenai aspek kesihatan dan kemudian mula mendapatkan sponsor untuk saluran media sosial anda.

16. Penulis Artikel/Blog
Ramai perniagaan tidak dapat mengemas kini laman web kerana kekangan masa jadi masalah ini adalah peluang untuk mendapatkan pendapatan. Anda boleh meminta pembayaran dengan jumlah perkataan supaya mendapat pendapatan yang lumayan, contohnya 100 perkataan untuk RM10. 


17. Agen Dropshipping
Jika anda tidak mahu menyimpan stok, anda boleh jual barang secara dropshipping dan mendapat komisyen untuk barang yang dijual.

18. Khidmat menghapus serangga/haiwan perosak
Serangga dan haiwan perosak ini sangat berbahaya bagi penghuni rumah tersebut yang menjadikan servis ini sangat diperlukan oleh orang ramai. Gantung banner yang dapat mempromosikan perniagaan anda, ini akan mempercepat proses untuk  orang mengenali perniagaan anda.

19. Penasihat Cukai
Ramai yang tidak tahu menguruskan cukai sehingga mereka terpaksa membayar hingga 6 angka sekaligus dan ramai mempunyai padangan ringan terhadapnya. Semasa anda belajar mengenai pengurusan cukai, anda dapat menjana pendapatan dan dapat menyasarkan kepada pelanggan yang kaya.

20. Pembaiki Alat Elektrik 
Ramai orang tahu membaiki peralatan elektrik kerana membeli peralatan yang baru berharga tinggi. Pastikanservis yang anda berikan adalah  baik kerana itu akan menarik lebih banyak pelanggan kepada anda dan mengekalkan hubungan dengan pelanggan yang sedia ada.

21. Mengajar Al Quran 
Kesibukan dunia untuk mendapatkan wang menyebabkan ramai yang lupa melakukan perkara penting iaitu membaca Al-Quran. Sekiranya anda mempunyai kelebihan dalam mengajar Al-Quran, jadikan ini sebagai sumber pendapatan anda, anda dapat menjana pendapatan anda dapat menyebarkan ilmu pengetahuan.

22. Mengajar Memasak
Banyak keluarga ingin memasak untuk keluarga mereka tetapi banyak juga yang tidak tahu bagaimana, jadi mahirkan masakan yang anda suka dan mulakan pengajaran.


23. Servis Cuci Karpet 
Kesukaran mencuci karpet menyebabkan  orang malas mahu mencucinya dan lebih senang untuk  mengantarnya ke tempat mencuci karpet. Sekiranya anda mahir dalam servis ini anda boleh bekerjasama dengan pencuci pakaian. Anda membuat pakej dan promosi dobi. 


24. Servis Cuci Kereta 
Apabila anda memiliki kereta, anda tentu mahu kereta anda bersih terutamanya ketika asap dari kereta lain boleh medebukan kereta anda. Anda tidak perlu membuka tapak mencuci kereta, anda boleh melakukan promosi atau pakej di kawasan perumahan anda. Letak satu papan tanda  dengan waktu buka.


25. Menghias Pokok Hiasan
Bukan semua orang mempunyai bakat untuk menghias pokok, banyak orang tidak mempunyai masa untuk menghias tanaman, jadi kenapa tidak menolong mereka. Pamerkan bakat anda dan menarik pelanggan anda dengan keunikan hobi ini.

26. Latihan Kepimpinan
Latihan kepemimpinan sangat penting bagi sebuah organisasi kerana tanpa pemimpin yang baik, syarikat menjadi keadaan huru-hara. Sekiranya anda mempunyai kebolehan untuk menolong orang lain memimpin, anda boleh menjana wang yang banyak. 


27. Latihan senaman di rumah
Semasa PKP, ramai orang masih perlukan membuat senaman untuk menjaga kesihatan. Dengan mengajar teknik senaman secara online, anda boleh juga menjual barang yang boleh meningkatkan kecergasan.

29. Menjaga Orang Tua 
Ramai yang tidak mahu menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua jadi cara terbaik adalah untuk mempunyai penjaga rumah untuk menjaga ibu bapa anda di rumah.

30. Juru Alih Bahasa

Sekiranya anda telah mempelajari bahasa lain, anda boleh memanfaatkannya seperti menterjemah rancangan Jepun ke dalam bahasa Melayu. Anda boleh mempromosikan perkhidmatan anda di platform seperti Fiverr.

31. Apps Developer
Teknologi terus meningkat dan pada masa akan datang ia akan terus berkembang kerana kita telah bergantung padanya.Terdapat banyak aplikasi yang membantu manusia dengan aktiviti harian kita. Apa kata  anda menjadi app developer kerana ia dapat membantu anda pada masa depan.


32. Penulis Novel

Terdapat banyak jenis buku pada masa kini, malah terdapat juga ebook sekarang, jadi jika anda dapat menulis 10 halaman sehari, anda sudah menulis 300 halaman sebulan. Design cover yang menarik dan mula mengantarnya ke syarikat penerbitan, setelah mereka menerima proposal anda. Mereka kemungkinan akan memberi anda komisen berdasarkan jumlah yang dijual.


33. Kartunis
Tidak semua orang mempunyai bakat untuk melukis dan jika anda memiliki bakat ini, jangan biarkan sia-sia. Banyak syarikat penerbitan dan filem mencari kartunis yang berbakat untuk projek mereka seterusnya.


34. Membuat Video Marketing 
Video Marketing adalah untuk mendapatkan melibatkan penonton dengan jenama dengan cara yang mudah dan mudah dicerna. Video yang dihasilkan perlu seiringan dengan orang ramai seperti tren video yang bermain dengan emosi mereka. 


35. Tukang Besi 
Tukang besi adalah pekerjaan perdagangan yang memerlukan kemahiran yang sangat spesifik kerana latihan yang diperlukan dan permintaan yang tinggi, anda dapat gaji yang tinggi. Mereka yang belajar kemahiran spesifik tertentu mempunyai permintaan yang lebih tinggi maka pendapatan pun tinggi.

36. Blogger

Anda boleh memulakan dengan memiliki blog percuma seperti WordPress di mana mempunyai banyak maklumat yang berguna kepada orang ramai. 


37. Kaunseling
Oleh kerana kesihatan mental telah menjadi keutamaan sebilangan besar dari kita semasa pandemi ini. Oleh itu, kepentingan kaunselor adalah memberi nasihat kepada orang yang mempunyai masalah. Dengan memahami emosi, anda dapat menjadi pakar kaunselor suatu hari nanti.

38. Dobi 
Ramai orang tidak mempunyai mesin basuh atau malas untuk mencuci pakaian. Jadi ambilkan peluang ini, anda juga menyediakan perkhidmatan penghantaran supaya dapat menonjol dari yang lain.


39. Pengacara Majlis
Setiap upacara memerlukan pengacara majlis untuk menjalankan acara dengan lancar dan permintaannya sangat tinggi terutamanya semasa cuti sekolah kerana banyak orang melangsungkan perkahwinan mereka pada waktu itu.

40. Mengedar risalah
Biasanya syarikat besar akan mengupah orang ramai untuk mengedarkan risalah untuk memberitahu orang ramai mengenai promosi yang berlaku. Ada yang memasukkannya ke dalam kotak pos anda.

41. Freelance Akauntan
Banyak kesilapan yang dilakukan oleh perniagaan adalah untuk mencampurkan wang anda sendiri dan wang perniagaan mereka ini boleh membuat mereka keliru dari mana datangnya wang mereka. Sekiranya anda berada dalam bidang perakaunan, anda boleh menggunakan kemahiran anda untuk mengurus akaun syarikat.

42. Membuat Thesis 
Bagi orang yang mengambil PHD dan Master, tesis memainkan peranan besar dalam kejayaan mereka. Anda boleh memberikan perkhidmatan untuk menolong mereka kerana tesis memerlukan banyak penyelidikan dari buku hingga maklumat di internet yang harus anda baca.

43. Servis Mengecat 
Sebuah syarikat perlu kelihatan baik dan tidak ketinggalan zaman dan anda mengambil kesempatan ini untuk membantu mengecat bangunan mereka. Anda juga boleh mengambil pekerja lain untuk membantu anda. Mulakan kecil dengan tawaran juga untuk mengecat sekolah dan lain-lain.

44. Interior design
Sekiranya anda mempunyai minat dan pengetahuan mengenai interior design tawarkan perkhidmatan ini kepada orang ramai. Pastikan anda mengambil gambar setelah merancang rumah untuk portfolio anda untuk membina kepercayaan antara anda dan pelanggan anda.

45. Mengajar Mengunakan “First Aid Kit”
Pengetahuan ini harus disebarkan kepada semua orang. Itulah sebabnya syarikat besar mengadakan kursus khas untuk penggunaan “first aid kit”. Sekiranya anda berpengalaman, anda boleh menawarkan perkhidmatan pengurusan ini kepada syarikat yang memerlukannya supaya dapat menolong orang dalam masa kecemasan.


46. Pusat Pengiklanan Social Media
Bagai usahawan periklanan and marketing amat penting bagi sesebuah syarikat dan pengiklanan terdapat dua cabang; dalam talian dan luar talian yang menjadikan pengiklanan menjadi lebih mudah dan berkesan.

47. Pembersih Premis 
Bagi orang perniagaan  dan pelanggan kebersihan adalah perkara utama. Setelah diperiksa oleh pihak berkuasa dan didapati tidak bersih, nama sebuah premis akan tercemar dan akan menjejaskan keuntungan. Jadi ambil peluang ini untuk anda menjana pendapatan.

48. Penjual Ais Krim Subskripsi

Anda boleh mula menjual Ais Krim secara bulanan dan hantarkan ke kediaman pelanggan anda perisa yang baru setiap bulan.

49. Mug Custom Design
Ini adalah hadiah sentimental kerana orang sering meletakkan gambar orang yang mereka sayangi. Anda boleh membuatnya sendiri di rumah setelah membeli alat untuk melekatkan gambar pada mug. Anda boleh juga memasarkan kepada syarikat besar. 


50. Kad Kahwin 
Kad perkahwinan adalah wajib dan tidak kira sama ada ia murah atau mahal tetapi penting untuk menjadikan kad kelihatan mewah walaupun harganya murah.


51. Doorgift 

Semasa pasangan berkahwin, mereka akan mencari doorgift dan jika layanan anda baik, mereka akan memberi cadangan kepada orang lain. Perkahwinan adalah cara untuk menjana wang kerana banyak orang yang menghadiri yang bermaksud anda akan bekerja secara besar-besaran dan itu bermakna lebih banyak pendapatan untuk anda.


52. Pencuci Muka

Pencuci muka telah mendapat permintaan tinggi di kalangan banyak orang terutama sebab “mask-acne” iaitu jerawat yang disebabkan pemakaian pelindung pelitup muka, walaupun terdapat banyak testimoni mengenai produk tetapi industri ini berkembang yang menjadikannya peluang yang baik.


53. Pelebat Rambut
Rambut yang gugur telah menjadi masalah bagi banyak orang dan banyak produk di luar sana dapat menolongnya. Jadi mulakan dengan dropship dan apabila jualan meningkat, anda boleh naik taraf kepada agen.

54. Pemutih Gigi

Konsepnya sama dengan pemutihan muka tetapi pastikan produk anda diluluskan oleh kementerian yang berkenaan dan buktikan berkesan supaya produk anda mempunyai testimoni yang baik dan positif.

55. Supplement Kesihatan

Ramai yang mencari penyelesaian yang cepat untuk menjadi lebih sihat. Anda boleh mencari produk yang sesuai dan jual kepada orang yang ingin menyelesaikan masalah ini tetapi pastikan produk anda selamat dan diluluskan oleh KKM.

56. Buku Fizikal 
Sebilangan orang mempunyai perpustakaan sendiri di rumah dan selalunya buku-buku ini tidak digunakan, jadi mengapa tidak menjualnya secara dalam talian di mana anda dapat membantu mereka dengan pelajaran dan hobi dan anda dapat memperoleh pendapatan.


57. Aksesori Telekomunikasi

Terdapat begitu banyak telefon di pasaran dan untuk memenuhi pasaran yang semakin meningkat ini, sudah tentu ada aksesori untuk pergi dengannya seperti cover, screen protector, casing dan sebagainya. Anda boleh menjana banyak pendapatan sekarang kerana memiliki telephone adalah norma baru.

58. Makanan Frozen 
Ini sangat sesuai untuk pelanggan anda kerana mereka dapat makan bila-bila masa yang mereka mahu,mereka hanya perlu masakannya. Sekiranya anda dapat menjualnya di pasar raya, pasti orang akan beli. Tapi pada masa ini, pastikan anda menjualnya atas talian.

59. Ice Blended
Anda boleh menjenamakan ice blended anda sebagai premium untuk menarik pelanggan, anda juga boleh mempromosikannya di media sosial. Ice blended mempunyai kos yang rendah dan anda boleh mula menjual di hadapan sekolah untuk kanak-kanak yang dahaga selepas sekolah.


60. Cupcake 

Perniagaan cupcake mempunyai potensi terutama untuk acara. Jika pelanggan anda mempunyai acara, anda boleh promosikannya kepada pesertanya. Anda juga boleh membuat sponsorship sebagai jenama perniagaan anda.


61. Minyak Wangi 

Minyak wangi biasanya dijual dalam botol kecil yang membuat pelanggan membeli dengan lebih kerap tetapi pastikan minyak wangi anda bertahan lama dan terdapat aroma yang berbeza apabila pelanggan mengulangi pesanan mereka, mereka dapat mencuba wangi yang baru.

62. Permainan Kanak-Kanak

Semasa menjual mainan anak-anak, pastikan barang itu unik dan dijual dalam pakej untuk menarik minat ibu bapa untuk membeli pelbagai jenis mainan dengan harga satu mainan. 


63. Kuih Muih
Kuih menjadi kegemaran ramai untuk sarapan pagi. Anda boleh mempermudah hidup pelanggan anda dengan memberikan kuih mereka melalui tingkap kereta mereka supaya mereka tidak perlu mencari tempat letak kereta untuk dibelikan kuih anda. 


64. Waffle 

Biasanya di R&R anda dapat melihat kedai kecil menjual waffle atau di sekolah. Anda tidak memerlukan ruang yang besar, anda cuma perlukan alat untuk membuat wafel yang berharga berpatutan dan jual atas talian.

65. Pokok Hiasan 
Orang lebih suka pokok hiasan berbanding pokok hidup  kerana tidak memerlukan penyelenggaraan tetapi pastikan semasa anda mempunyai perniagaan pokok hiasan untuk terus menyebarkan di media sosial anda supaya dapat menarik perhatian pelanggan.

66. Frame Keluarga 
Sebuah rumah tidak lengkap tanpa gambar, anda boleh membuat tawaran dengan keluarga untuk mengambil gambar keluarga atau pasangan untuk perkahwinan mereka di studio.Pastikan pelanggan anda berpuas hati dengan gambar dan mengingati kenangan supaya berkongsi kenalan anda dengan orang lain.


67. T-Shirt 
Perniagaan T-Shirt merupakan perniagaan yang dapat keuntungan yang banyak, anda boleh memberi fokus kepada topik yang "trending" seperti "#BenderaPutih". Pastikan bahawa anda menggunakan kain yang selesa kerana mereka akan memakainya dengan kerap dan masa yang panjang.

68. Buku Terpakai

Anda boleh menjual atau menyewa buku anda dengan harga yang murah seperti novel, buku rujukan dan sebagainya. Anda boleh menjual atau menyewa buku mengikut jam atau hari untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan.

69. Barangan Terpakai

Terdapat ramai yang senday mencari barang yang berpatutan atau barang terpakai untuk memotong kos, anda boleh menjual barang secara besar-besaran seperti RM50 untuk 5 item. Anda boleh mula menjual di platform seperti Muday.my atau Carousell. 


70. Burger
Apa yang anda perlukan adalah gerai burger yang dibuka pada waktu malam supaya orang dapat membelinya selepas bekerja.Anda dapat menarik pelanggan dengan menjual pelbagai jenis daging yang, muzik dan lampu di mana mereka dapat melihat gerai dan memasak anda.

71. Jus Buah-Buahan 
Pada bulan Ramadhan, jus adalah mustahak untuk berbuka puasa dan kekal sihat. Anda boleh menjual pelbagai jenis jus atau kombinasi yang unik untuk menarik perhatian orang ramai tetapi pastikan gabungannya bagus supaya orang dapat terus kembali.


72. Pisang Goreng 
Sebagai rakyat Malaysia, kita gemari pisang goreng pada waktu tengah hari untuk minum petang. Anda boleh menjual pisang goreng dan keropok lekor dan macam macam lagi untuk memenuhi keinginan pelanggan anda setiap hari.

73. Baju 

Terdapat pelbagai jenis saiz yang dapat anda jual agar sesuai dengan bentuk badan setiap orang. Anda boleh bekerja dengan tukang jahit untuk membuat pakaian khas untuk pelanggan anda atau jual secara bundle.

74.Coklat 
Coklat digunakan dalam banyak kesempatan; dalam majlis perkahwinan, semasa perayaan dan sangat disukai oleh semua orang. Anda boleh menjadi pembekal coklat yang membekalkannya kepada kedai roti and sebagainya.

75. Bungkusan Air 
Air juga merupakan perniagaan yang kos rendah dan keuntungan tinggi. Jika apabila di pasaraya anda boleh lihat syarikat syarikat besar yang menjadikan bungkusan air sebagai perniagaan utama seperti Pepsi dan Coca Cola. 


76. Kedai Alat Tulis 

Anda dapat melihat tempat yang berdekatan dengan kolej dan universiti, anda boleh menurunkan harga yang lebih murah kepada pelajar yang akan membuat mereka kembali dan memperkenalkan anda kepada rakan mereka. Ini dapat meningkatkan perniagaan anda.

77. Tudung 
Anda boleh fokus menjual tudung yang mudah dipakai dalam  jangka masa yang singkat, ini dapat memberi perniagaan anda titik penjualan yang unik.

78. Kosmetik 
Cari niche terlebih dahulu contohnya anda adalah pakar untuk menjadikan wajah kusam seseorang lembut dengan produk anda. Anda harus mempunyai banyak testimoni dan aktif dalam bidang pemasaran yang akan mempercepat proses penjenamaan produk anda.

79. Sabun Hilang Gatal 

Anda boleh membantu rakyat malaysia untuk menghilangkan masalah ini di samping anda dapat menjana pendapatan yang sangat tinggi pastikan produk anda selamat digunakan.

80. Produk Digital/ Video
Produk digital adalah perniagaan yang dibuat sekali tapi untung berkali kali. Anda boleh mengajar atau membawa kesedaran kepada penikut anda.

81. Power Bank 

Setiap pengguna telefon bimbit pasti mempunyai masalah dengan bateri mereka sudah pasti ada permintaan untuk power bank. Pastikan bahawa anda menjual powerbank asli yang mampu bertahan lama atau anda mungkin akan menghadapi masalah besar.

82. Aksesori Kereta
Terdapat pelbagai kereta di Malaysia. Apabila ada kereta tentu seseorang mahu kereta mereka dipenuhi dengan aksesori dan pasti akan memberikan yang terbaik untuk kereta mereka. Ini membuka peluang untuk anda membuka kedai aksesori kereta.

83. Perniagaan Jeruk
Anda boleh membukanya gerai kecil di pasar raya atau gerai, berpotensi besar karena modalnya yang rendah.

84. Perabot Rumah 
Selalu ada permintaan untuk perabot  kerana sebuah rumah tidak lengkap tanpa perabotnya. Anda boleh mempunyai perkhidmatan penghantaran untuk kemudahan pelanggan anda. 


85. Salun Rambut
Semua orang ingin kelihatan cantik dan banyak trend rambut hari ini. Anda boleh menyiapkan kod qr di mana pelanggan dapat mengimbas dan melihat gaya yang anda tawarkan dan harganya.

86. Cermin Mata 

Antara cermin mata yang mendapat sambutan hangat adalah cermin mata yang hilang silau ketika memandu kerana banyak yang menghadapi masalah ketika memandu, ini membuka peluang kepada pengusaha untuk menjana pendapatan.


87. Bantal Kekabu

Banyak kegunaan bangun pada waktu pagi dengan leher yang sakit kerana bantal keras. Salah satu bantal kegemaran rakyat adalah bantal kekabu yang membuat orang bangun bersedia untuk hari itu.

88. Karpet

Ramai orang ingin membeli karpet untuk rumah sendiri tetapi tidak tahu di mana hendak membeli karpet, anda boleh menunjukkan koleksi anda di media sosial seperti Instagram supaya menghargai oleh para pelanggan.

89. Kurma

Kurma mudah dicerna, menjadikannya sumber tenaga dan nutrien yang cepat yang sangat penting pada bulan Ramadhan untuk membantu tahap glukosa darah badan dengan cepat kembali normal. Anda boleh menjadi pembekal kurma yang mendapatkan kurma dari pelbagai negara ke Malaysia.

90. Buah-buahan dan sayur-sayuran segar

Orang ramai sekarang membeli barang dapur atas talian juga dan makanan yang segar memang diminati kebanyakan orang.

Photo: https://www.freepik.com/free-photos-vectors/computer. Computer vector created by macrovector



Older post Newer post

Your cart is currently empty.

Continue shopping