search

Apakah itu Perdagangan Sosial?

Apakah itu Perdagangan Sosial?

Semakin kerap kita dengar terma Social Commerce atau Perdagangan Sosial. Apakah yang dimaksudkan dengan Perdagangan Sosial dan adakah ia sesuatu yang perlu diberi perhatian? Jom kita selami sama sama.

Perdagangan Sosial merupakan istilah untuk menggambarkan aktiviti menjual menggunakan media sosial.

Bezanya Perdagangan Sosial atau Social Commerce ini dengan Social Media Marketing ialah, ia menawarkan pengalaman berbelanja yang lebih mudah untuk pelanggan. Pelanggan yang ingin membeli tidak perlu diarahkan the website untuk membeli produk. Mereka boleh beli atas media sosial itu secara langsung. Mudah kan?

Ini merupakan kelebihan yang sangat hebat kerana anda dapat mempercepatkan dan mempermudahkan proses pembelian pelanggan anda daripada saat mereka timbul bibit bibit minat terhadap sesuatu produk anda yang mereka jumpa di media sosial.

Tanpa perlu keluar daripada aplikasi sosial media mereka, pelanggan dapat membuat pembelian dengan sekelip mata. Pelanggan gembira, anda sebagai penjual pun gembira. Win win!


Contoh Social Commerce:

Facebook Shops
Platform media sosial yang pertama untuk menjalankan perdagangan sosial. Media sosial yang sangat terkenal ini adalah sangat sesuai untuk membuat perdagangan sosial disebabkan penggunanya yang ramai.

Instagram Shop
Instagram tidak hanya menjadi tempat untuk berkongsi gambar sahaja. Kini, media sosial tersebut mempunyai ciri ciri Instagram Shop, yang membolehkan pelanggan membeli semudah melihat post tersebut. 

Pinterest
Aplikasi yang popular di kalangan orang orang kreatif. Sejak 2015 Pinterest telah membolehkan pengguna untuk membeli secara langsung di plaform mereka. 


Sekian penjelasan mudah tentang Perdagangan Sosial. Adakah anda mempunyai jenama produk anda sendiri? Adakah pelanggan anda berkongsi gambar gambar produk anda di Instagram? Mahu pengguna sedia ada anda menjual produk anda dengan mudah? Cuba selami solusi Shoppable Instagram UGC kami di sini atau W/A sahaja Sarah untuk ketahui dengan lebih lanjut. 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.

Continue shopping