search

Cara menggunakan Facebook Live untuk perniagaan kecil anda

Cara menggunakan Facebook Live untuk perniagaan kecil anda

Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana perniagaan anda boleh menggunakan Facebook live sebagai pelantar utama perniagaan. 


Semasa Facebook melancarkan Facebook live sebagai live streaming untuk membolehkan perniagaan berinteraksi dengan penonton mereka dalam masa nyata. 


Sebahagian besar perniagaan menggunakan Facebook Live (91%) yang merupakan platform kedua paling popular untuk kandungan format video.


Bagaimanakah menggunakan Facebook live untuk perniagaan anda? 


1. Sebelum Facebook Live 


- Beritahu penonton anda bahawa anda akan menyiarkan lebih awal. Anda perlu menimbulkan minat atau perasaan FOMO (fear of missing out) kepada penonton anda sebelum pengalaman tersebut agar mereka teruja dan tertunggu tunggu untuk acara anda

- Pastikan anda mempunyai keterangan yang jelas mengenai video anda

- Kongsi aturcara siaran langsung



2. Semasa Facebook Live 

- Sentiasa mulakan dengan pengenalan diri anda. Penonton ingin merasakan seperti mereka kenal anda. Sekiranya anda mempunyai agenda yang dirancang, 

- Perkara istimewa mengenai siaran langsung adalah komen dan reaksi langsung kerana ia adalah sebahagian daripada apa yang menjadikan pengalaman itu interaktif bagi pelanggan

- Menyebut nama pelanggan yang berinteraksi akan menimbulkan perasaan dihargai dan seolah oleh anda adalah kawan mereka. Semua orang suka orang yang mesra


3. Selepas Facebook Live 

- Berikan arahan atau CTA (call to action)  kepada penonton sebaik sahaja aliran langsung anda berakhir. Arahkan mereka ke pautan produk yang anda mahu mereka beli anda atau kongsi tarikh Facebook Langsung anda yang seterusnya. Semua ini patutnya sudah ada di ruang diskripsi




Older post Newer post

Your cart is currently empty.

Continue shopping