search

Manfaat menggunakan Facebook Live

Manfaat menggunakan Facebook Live

Facebook Live berkembang pesat apabila pengguna media sosial hari ini menggunakan kandungan video lebih banyak daripada dulu.

Jumlah tontonan video Facebook Live meningkat kepada 2 bilion penonton tahun lalu namun jurucakap Facebook tidak akan berkongsi jumlah keseluruhan Facebook Live tetapi dia menyatakan terdapat lebih daripada 8.5 bilion siaran di Facebook Live.


Algoritma Facebook Live memfokuskan pada interaksi yang menggalakkan, di mana komen, reaksi, dan perkongsian mendapat keutamaan daripada menekan butang suka sahaja.


Mari kita selami bagaimana anda dapat membawa lebih banyak manfaat kepada khalayak anda apabila menggunakan Facebook Live.


1. Pelancaran Produk

Dengan menggunakan Facebook Live kita dapat membina kegembiraan dan antisipasi penonton untuk pelancaran produk baru. Penonton anda dapat menjadi pelanggan yang pertama untuk membeli produk anda melalui Facebook Live. Pelanggan anda akan lebih yakin dengan produk yang dibeli secara langsung sebab anda boleh menunjuk produk anda semasa pelancaran dan menjawab persoalan secara langsung juga.


2.Webinar
Webinar sangat membantu untuk mendidik bakal pelanggan anda tentang kehebatan jenama anda. Hasil yang lebih profesional untuk webinar dapat dilakukan dengan menggunakan Slant
Slant merupakan alat live streaming untuk suapan berbilang kamera.


3.Acara langsung
Facebook Live mengutamakan video strim langsung yang bermaksud pelanggan anda dapat menonton strim langsung anda di sosial media channel yang lain juga seperti YouTube. Penstriman langsung dapat membina hubungan baik antara anda dan penonton anda.

4. Soalan Lazim
Perkara paling hebat mengenai penstriman adalah anda dapat melakukan komunikasi dua hala dengan pelanggan anda. Membaca dan membalas komen pelanggan anda menunjukkan betapa anda menghargai pelanggan anda.


Adakah anda menggunakan FB Live untuk menjual produk anda?



Newer post

Your cart is currently empty.

Continue shopping