search

5 Pelajaran Utama Untuk Usahawan Yang Mahu Memulakan Perniagaan

5 Pelajaran Utama Untuk Usahawan Yang Mahu Memulakan Perniagaan

5 Pelajaran Utama Untuk Usahawan Yang Mahu Memulakan Perniagaan

Memulakan perniagaan boleh jadi menakutkan jika tidak bersedia dengan strategi untuk:

  • Memahami Perundangan Perniagaan

  • Pembiayaan

  • Pemasaran

  • Pembangunan produk


Berikut adalah 5 pelajaran utama yang boleh membantu membina perniagaan yang sihat dan bestari.



1. Masa Adalah Wang

Kita boleh memiliki lebih wang, pelanggan dan idea tetapi masa adalah terhad. Tip untuk memastikan bahawa anda memanfaatkan masa sepenuhnya, anda boleh menetapkan matlamat dan tugas untuk diri anda setiap jam. Eg sebelah pagi anda boleh digunakan untuk menghubungi pelanggan potensi dan pemasaran online. Sebelah petang pula digunakan untuk perkara seperti perakaunan anda.

“Time is more valuable than money. You can get more money, but you cannot get more time” - Jim Rohn


2. Kerja adalah kehidupan dan hidup terlalu pendek untuk membenci pekerjaan anda.

Apabila anda meminati apa yang anda lakukan dan menumpukan kegembiraan kepada diri anda dan pekerjaan anda, pekerjaan menjadi lebih menyeronokkan dan bermakna. Anda tidak akan mengalami keletihan.

“People rarely succeed unless they have fun in what they are doing” - Dale Carnegie


3. Perniagaan adalah 80% jualan

Anda memerlukan masa untuk menerangkan dan menjelaskan tentang perniagaan anda untuk membina keyakinan pelanggan anda supaya mereka diggalakkan untuk mencuba produk dan akhirnya mengambil tindakan untuk membeli.

“Sales is not about selling anymore, but about building trust and educating” - Siva Devaki


4. Jadilah penyorak

Jangan sekali-kali menganggap pasukan anda mempunyai motivasi yang sama dengan anda. Pastikan anda memainkan peranan untuk menolong mereka. Ketelusan membantu memberi inspirasi dan menyelaraskan pasukan dengan visi perniagaan anda, jadi pastikan anda memberi prihatin kepada maklum balas mereka. 

“Make your team feel respected, empowered and genuinely excited about the company’s mission.”  –Tim Westergen

5. Nikmati perjalanan

Banyak usahawan terperangkap dalam bahagian negatif kejayaan dan kegagalan sehingga mereka lupa menikmati kehidupan yang gembira. Lupakan kejayaan dan kegagalan, cari tempat yang anda selesa dan bekerja keras untuk mencapai apa yang anda bayangkan mengikut rentak anda sendiri.

In between goals is a thing called life, that has to be lived and enjoyed.”  –Sid Caesar

Apa pembelajaran paling berharga anda sebagai usahawan?


Rujukan

https://get.tech/blog/startup-lessons-entrepreneurs/

https://www.entrepreneur.com/article/237077




Older post Newer post

Your cart is currently empty.

Continue shopping