search

Strategi Perniagaan Untuk Berjaya Semasa Pandemik

Strategi Perniagaan Untuk Berjaya Semasa Pandemik


Wabak Covid-19 telah menyebabkan banyak sektor perniagaan dipaksa untuk menyusun semula rancangan perniagaan. 

Kerajaan telah membuat tinjauan untuk mengukur kesan pandemik kepada masyarakat dan juga syarikat di Malaysia. Tinjauan itu mendapati bahawa 46.6 peratus responden yang berkerja sendiri telah kehilangan pekerjaan mereka kerana wabak Covid-19 dan penguatkusaan MCO.

Penjualan runcit di Malaysia telah menurun 15.8% tahun ini, Pengecutan ini menyebabkan nilai jualan runcit keseluruhan kepada RM 90.5 bilion yang bernilai RM 21.9 bilion lebih rendah daripada RM 112.4 bilion pada awalnya diunjurkan berdasarkan pertumbuhan 4.6%.

Ini menyebabkan banyak pasaran e-dagang di Malaysia yang semakin di percepatkan oleh pandemik seperti penjual Shopee mencatatkan 158 peratus lebih baik dalam purata jualan harian. 

5 Strategi Perniagaan yang boleh dipraktik

1. Mempunyai perniagaan dalam talian dan luar talian
Tabiat pembeli telah berubah seperti dalam pandemik ini, pembeli telah beralih ke dunia yang lebih digital. Terdapat banyak syarikat yang memanfaatkan sepenuhnya rangkaian dalam talian dan luar talian seperti Ikea yang mempunyai jualan yang semakin meningkat setelah pandemik memaksa pembeli untuk meluangkan masa di dalam kediaman mereka. 


2. Membuat potongan yang strategik 
Syarikat perlu membuat potongan yang strategik berdasarkan keperluan pelanggan yang berubah. Setelah PKP dikuatkuasakan terdapat banyak syarikat yang mengerah kakitangan mereka untuk berkerja dari rumah. Ini dapat mengurangkan kos menyewa pejabat dan pemasaran sekaligus memberikan penjimatan yang sangat diperlukan.

3. Inovasi 
Syarikat mempunyai banyak peluang sekarang untuk mencuba perkara baru yang dapat membantu perniagaan dalam jangka masa panjang. Museum digital pula membolehkan pelawat menikmati karya seni dalam keselesan dan keselamatan rumah sendiri.  
(Musée d’Orsay). Penjual juga boleh menggunakan Facebook Live untuk menjual secara siaran langsung.

4. Mencari kesempatan baru 
Terdapat banyak syarikat yang mendapat manfaat semasa wabak Covid-19 seperti Zoom, dan banyak laman web e-dagang seperti Shopify dan Facebook Shop. Perniagaan mesti mengenal pasti peluang baru di mana mereka dapat memenuhi permintaan pelanggan untuk memanfaatkan perniagaan dalam jangka yang panjang. 

5. Membina kepercayaan melalui media sosial 

Kehadiran jenama anda di media sosial adalah sesuatu keutamaan semasa pandemik, ia boleh digunakan sebagai saluran penjualan baru. Banyak perniagaan telah menggunakan Tiktok yang boleh digunakan secara percuma sebagai kaedah untuk menjangkau pelanggan mereka dan memberi kesegaran kepada jenama anda. (#UTPlayYourWorld, Uniqlo)


Business vector created by stories - www.freepik.com



Older post Newer post

Your cart is currently empty.

Continue shopping