search

Tips FB Live Untuk Naikkan Jualan

Tips FB Live Untuk Naikkan Jualan

Facebook adalah peluang terbaik untuk meningkatkan jualan anda dan platform yang bagus untuk siaran langsung. Facebook adalah yang terbaik dari segi penglibatan pengikut anda. 

Ini kerana pada Februari 2021, terdapat 2.8 bilion pengguna bulanan di Facebook. Dari segi siaran langsung di Facebook , video dan populariti carian mereka meningkat sebanyak 330% dalam setahun. Ia adalah cara yang menarik dan berkesan untuk membina imej jenama dan jualan. 

Berikut adalah beberapa tips untuk membuat FB Live yang lebih baik dan memberi impak yang lebih kuat terhadap jenama dan penjualan anda.



1. Landskap 
Tip pertama, apabila kita membuat FB Live cuba membuatkan dalam mod landskap untuk keselesaan penonton. Ini kerana biasanya penonton akan menonton video fullscreen. Tetapi semasa kita sedang bergerak mungkin ia boleh dilakukan sebagai potret.


2. Tajuk & penerangan 

Tuliskan tajuk and penerangan dalam video FB Live kerana apabila penonton nampak tajuk yang menarik, mereka pasti akan klik. Lebih lebih lagi jika mereka adalah penonton sasaran anda. Dengan menuliskan tajuk anda dapat memberikan peluang untuk penonton mendapatkan aspek video dan membina impresi yang pertama terhadap jenama anda. 



3. Terus mula

Apabila membuat Facebook Live, terus mula! Kebanyakan akan menunggu lebih banyak penonton masuk, komen dan memberi reaksi apabila menunggu. Ini  menyebabkan apabila selepas habis Facebook Live penonton yang tengok balik selepas tempoh live, mereka terpaksa menunggu. 

Jadi apabila anda ingin membuat Facebook Live, anda tidak perlu tunggu. Tekan rekod, perkenalkan diri anda dan tunjukkan apa yang anda mahu. 

4. Interaksi
Facebook ialah pilihan baik untuk mendapat interaksi dari penonton anda kerana ia merupakan platform media sosial dan penonton ingin memberi pendapat mereka, bertanya soalan dan dengar apa yang anda ingin kongsikan. Jadi apabila membuat sesi siaran langsung cuba pancing mereka untuk berinteraksi. 

Inilah tips untuk membuat Facebook Live yang dapat menaikkan jualan dan membina jenama anda. Apakah tips yang anda sudah lakukan? 

Reference

https://www.youtube.com/watch?v=ZJjQhurIJlE&ab_channel=BisnesUltimate

https://www.dacast.com/blog/youtube-live-vs-facebook-live/#anchor_0

Music vector created by vectorjuice



Older post Newer post

Your cart is currently empty.

Continue shopping